Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6042DSC 6083DSC 7220DSC 7246DSC 7261DSC 7296

GONG KEDAK, 19 Nov 19 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Kejohanan Tenis Peringkat Antara Seksyen yang melibatkan tujuh pasukan di Gelanggang Tenis Pangkalan.

Tujuan kejohanan ini diadakan bagi mencari pemain tenis yang berbakat serta mencari pelapis generasi baru untuk mewakili Pangkalan serta menanamkan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan warga Pangkalan.

Antara pasukan yang terlibat adalah No 11 Skuadron, Cawang Kejuruteraan, Cawang Operasi, Skuadron 321, Gabungan Tadbir/Provos, Cawang Materiel dan termasuk Gabungan Awam Pangkalan.

Pasukan dari Cawang Materiel telah berjaya menjuarai Kejohanan Tenis pada tahun 2019 dengan mengalahkan Pasukan dari Gabungan Awam Pangkalan pada perlawanan akhir. Kejohanan Tenis dihadiri oleh Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM, Pegawai Kanan serta Pegawai - pegawai dan anggota LLP.