Kemaskini Terakhir: Rabu,5 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Upacara Pemakaian Pangkat 25.11.19 033Upacara Pemakaian Pangkat 25.11.19 040Upacara Pemakaian Pangkat 25.11.19 052Upacara Pemakaian Pangkat 25.11.19 089

KUALA LUMPUR, 25 Nov 19 – AKS Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada anggota Materiel di Pejabat MTU SISMAT.

Seramai tiga orang anggota LLP telah dinaikan pangkat iaitu Sjn U Mohd Zamani bin Tukiman ke pangkat Pemangku FSjn manakala Kpl U Hasba Faridilhatrat bin Bakarudin dan Kpl U Mohd Shahrin bin Shaari dinaikan ke pangkat Pemangku Sjn U.

AKS Materiel turut menyampaikan ucapan ringkas serta memberi penghargaan kepada anggota yang dinaikan pangkat dan menegaskan agar terus meningkatkan prestasi kerja dan mutu perkhidmatan. Beliau juga berharap agar lebih banyak kenaikan pangkat bagi pegawai dan anggota Materiel pada masa akan datang.

Turut hadir Pengarah Materiel, Pengarah Belanjawan, Ketua Pegawai Operasi II Zetro Sdn Bhd, Pegawai–Pegawai serta warga MTU Materiel.