Kemaskini Terakhir: Jumaat,13 Dis 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7390DSC 7465DSC 7518DSC 7531DSC 7575

GONG KEDAK, 26 Nov 19 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Latihan Menembak Senjata Rifle M4 Carbine secara berperingkat melibatkan semua pegawai dan anggota LLP Pangkalan di Lapang Sasar Bukit Merbau Selising, Pasir Puteh Kelantan.

Latihan ini diadakan bertujuan untuk memastikan anggota mendapat kemahiran dan mempraktikkan penggunaan senjata serta menilai peserta dalam pengendalian dan melatih peserta untuk mendapatkan tembakan pada sasaran yang tepat.

Disamping itu, latihan ini dapat meningkatkan mutu kecekapan dan kemahiran menembak serta pengendalian senjata semasa di Lapang Sasar dan memastikan senjata yang berada dalam pegangan berfungsi dengan baik. Dalam latihan tersebut turut diadakan Pertandingan menembak piring.

Turut serta Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM dan Pegawai-pegawai eksekutif pangkalan.