Kemaskini Terakhir: Jumaat,13 Dis 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 4215DSC 4314DSC 4354

GONG KEDAK, 26 Nov 19 - Rumah Sakit Angkatan Tentera Malaysia (RSAT) Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah menganjurkan Kursus Basic Life Support, First Aid dan Familirisasi Operasi Menyelamat Anak Kapal Pesawat Pejuang SU-30MKM Siri 1/2019 yang telah diadakan di Dewan Puteri Pangkalan.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah bagi melestarikan perawatan kecemasan pertama selaku ‘first responder’ oleh anggota CAR paramedik terutamanya semasa Ops Murni mahupun dalam kes kecemasan pesawat.

DSC 4478DSC 4486DSC 4510DSC 4531DSC 4668DSC 4678

Selain daripada dapat menerapkan disiplin dalam satu pasukan, ianya juga dapat memperkasakan pengetahuan tentang pengurusan menyelamat, merawat serta rehabilitasi, komplikasi mangsa yang mengalami kecederaan dan melatih peserta melaksanakan perawatan awal dalam situasi mangsa trauma sebelum dirujuk ke hospital.

Penglibatan Kursus adalah terdiri daripada tujuh tenaga pengajar dari HUSM dan Pegawai Pakar Perubatan yang dihadiri oleh 27 peserta kursus terdiri daripada anggota Combat Air Rescue (CAR) Paramedik, Bomba dan RSAT Pangkalan.

DSC 7886DSC 7907DSC 7926

Turut hadir Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM sekaligus menyempurnakan penyampaian sijil kepada Peserta Kursus, Pensyarah Perubatan Kanan/Pakar Perubatan Kecemasan, Dr Mohd Boniami bin Yazid, Pegawai Kanan serta Pegawai perubatan HUSM.

Seramai empat daripada tujuh tenaga pengajar adalah terdiri dari Pegawai Perubatan ATM - pelajar Sarjana Perubatan Kecemasan (Master of Medicine in Emergency Medicine), yang kini melanjutkan pelajaran di kampus kesihatan USM. Pegawai tersebut adalah seperti berikut:

1. Mej (Dr) Hafizul Asrar bin Dato' Abdul Razak

2. Mej (Dr) Siti Khadijah bt Abdul Hamid

3. Mej (Dr) Nurul Marliana bt Md Said

4. Mej (Dr) Mohd Afiq bin Abdullah