Kemaskini Terakhir: Jumaat,13 Dis 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0003 resized 20191129 091918391DSC 0008 resized 20191129 091938108DSC 0019 resized 20191129 091901079

KUCHING, 28 Nov 19 – Pangkalan Udara Kuching telah mengadakan Program Syarahan Keselamatan disampaikan oleh Ketua Kompeni Pertama Risik Medan, Mej Mohd Zaidi bin Hj Mohamad Zain yang dihadiri seramai 350 pegawai dan anggota LLP bertempat di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan warga Pangkalan berkaitan keselamatan anggota, dokumen, maklumat dan harta benda serta membincangkan isu-isu keselamatan terkini khususnya di dalam negara mahupun di luar negara.

Isu yang turut disentuh semasa syarahan adalah berkaitan bahaya Syiah, penglibatan anggota dalam judi online, pemantauan media komunikasi elektronik dan ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan dan kes-kes pencemaran keselamatan.