LABUAN, 28 Nov 19 - Timbalan Asistan Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (TAKSPA), Brig Jen Dato' Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM bersama delegasi telah mengadakan lawatan ke Pangkalan Udara Labuan dan Markas Wilayah Udara 2.
Dalam rangka lawatan tersebut, beliau telah dibawa melawat Surau Kem Komposit 507, Surau Saad Abi Waqas Pangkalan, Sekolah Rendah Agama Pangkalan dan Sekolah Kebangsaan Membedai Pangkalan untuk menilai kerosakan dan penambahbaikan kawasan.