BUTTERWORTH, 28 Nov 19 - Pangkalan Udara Butterworth telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pangkalan bagi Tahun 1441H/2019M bertemakan ‘Negara Rahmah Ummah Sejahtera’.
Majlis yang disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM ini telah dimulakan dengan perarakan dari Dewan Setia Pangkalan terdiri daripada 12 Kontinjen dari Skuadron, Cawang dan BAKAT Pangkalan.
Pelbagai pengisian turut diadakan sepanjang sambutan ini berlangsung antaranya bacaan Al-Quran, berselawat, dan persembahan oleh Skn/Cwg serta majlis penyampaian hadiah dan cenderahati. Pemenang pertandingan adalah seperti berikut:
Kontinjen Terbaik : Skn310 & PSP
Keseragaman Terbaik : No 15 Skn
Sepanduk Terbaik : Cwg Materiel
Tokoh Maulidur Rasul : Kpl U (W) Umi Kalsom Binti Bakar
Johan Keseluruhan : Skn 310 & PSP