Kemaskini Terakhir: Jumaat,13 Dis 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0017DSC 0022DSC 0055DSC 0321

SUBANG, 22 Nov 19 – Seramai 380 orang peserta terdiri daripada pegawai dan anggota Pangkalan Udara Subang telah menyertai Program RMAF Challenge 10KM Siri 2 Ulangan bertempat di Stadium Hoki Pangkalan.

Program ini diadakan bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal bagi menjamin kecergasan. Selain itu larian semula ini dilakukan adalah untuk 380 orang peserta yang terdiri daripada 342 orang yang gagal dan 38 orang peserta yang sedang bertugas pada RMAF Challenge 10KM sebelum ini.

Ketua Cawang Tadbir, Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM telah menyempurnakan pelepasan untuk peserta larian serta turut sama menyertai larian ini. Program ini melibatkan Pegawai dan Anggota LLP yang berpangkat Lt Kol TUDM setaraf dan kebawah yang berkhidmat di PU Subang.

DSC 0339DSC 0325DSC 0343DSC 0362

Dalam aktiviti yang sama turut diadakan pertandingkan mengikut dua kategori berdasarkan umur peserta iaitu kategori 34 tahun ke bawah dan kategori 35 tahun ke atas. Syarat lulus bagi kategori umur 34 tahun ke bawah adalah 1 jam 30 minit manakala bagi kategori umur 35 tahun ke atas adalah 1 jam 45 minit. Antara anggota yang memenangi pertandingan ialah:

a. 733169 LU I Kamal Ridzuan (49:21) Skn 208 Provos
b. 732185 LU I Abdul Halim bin Hakim (51:15) Skn 208 Provos
c. 724680 FSjn Muhamad Nazzairin (52:14) No 22 Skn
d. 733782 LU Luqman Hakim (52:35) DMU
e. 733345 LU Wan Faiz (53:52) No 20 Skn

LU I Kamal Ridzuan dari Skn 208 Provos telah dinobatkan sebagai pelari terpantas bagi Program RMAF Challenge 10KM Siri 2 Ulangan dengan catatan masa 49 minit 21 saat.