Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345WhatsApp Image 2019 11 29 at 12.08.07 PM

SUNGAI BULOH, 29 Nov 19 – Cawang Tadbir Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Program Jiwa Murni yang diketuai oleh Ketua Cawang Tadbir, Lt kol Amrul Bin Yacob TUDM di Pusat Jagaan Warga Tua Sri Tanjung, Sungai Buloh.

Program yang melibatkan seramai 30 orang termasuk pegawai dan anggota LLP ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasasama serta menjalinkan hubungan baik antara anggota tentera dengan masyarakat terutama yang kurang berkemampuan.

Aktiviti bermula seawal jam 9 pagi dengan kerja- kerja pembersihan kawasan sekitar Pusat Jagaan Warga Tua Sri Tanjung. Selain itu kerja-kerja mengecat bangunan dan menceriakan kawasan juga turut diadakan. Program berakhir dengan pemyampaian sumbangan oleh Ketua Cawang Tadbir kepada Pengurus Pusat Jagaan Warga Tua dan jamuan ringan pada jam 11.30 pagi