Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

SUBANG, 29 Nov 19 – Cawang Tadbir Pangkalan Udara Subang telah mengkoordinasikan Program Summer Camp yang melibatkan anak-anak pegawai, anggota LLP dan Tadbir Awam PU Subang yang berumur 12 hingga 15 tahun pada 26 hingga 29 Nov 19 selama 4 hari 3 malam.

Program yang diadakan di kawasan persekitaran Dewan Ababil Pangkalan ini merupakan tapak Summer Camp yang melibatkan seramai 28 peserta dan 26 jurulatih terdiri daripada staf Cawang Tadbir Pangkalan serta agensi luar lain. Majlis pembukaan program ini telah disempurnakan oleh Ketua Cawang Tadbir, Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM bertempat di Dewan Ababil.

78912341011

Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini adalah:
1) Ice Breaking – Pejabat Pendidikan PU Subang.
2) Kelas Masak Rangsum Tempur – Skn 208 Provos.
3) Kelas Pemasangan Khemah – 208 Provos.
4) Kelas Ikatan dan Jerat – Skn 208 Provos.
5) Aktiviti Kerohanian – Pejabat Agama Pangkalan.
6) Latihan Dalam Kumpulan – Pejabat Pelajaran Pangkalan.
7) Tempur Tanpa Senjata – Skn 208 Provos.
8) Explorace – Pejabat Jasmani Pangkalan.
9) Latihan Tali Tinggi di Taman Sukan Lasak (Shah Alam) – Pejabat Jasmani Pangkalan
10) Ceramah Motivasi - Pejabat Pendidikan Pangkalan.
11) Lawatan ke Rumah Warga Tua Sri Tanjung, Sungai Buloh- Pejabat Latih Pangkalan.

Sebagai Acara penutup program peserta telah diberi tugasan untuk membuat pesembahan secara solo dan juga berkumpulan. Upacara Perasmian Penutup Program Summer Camp dan penyampaian sijil kepada para peserta telah di adakan di Dewan Ababil yang telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM. Turut hadir dimajlis ini adalah pegawai-pegawai kanan Pangkalan dan semua ibu/bapa peserta program.