Kemaskini Terakhir: Ahad,12 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0051DSC 0260DSC 0143DSC 0305

SENDAYAN, 6 DIS 19 – Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) telah melaksanakan 10km RMAF Challenge Siri 2/19 mengikut kategori umur melibatkan pegawai dan anggota Markas.

Program kecergasan yang diwajibkan kepada semua peringkat pegawai dan anggota TUDM ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat bagi menjamin kecergasan dan kelangsingan badan berada pada tahap yang ditetapkan oleh perkhidmatan.

Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas, Brig Jen Dato’ Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM diiringi oleh Pengarah Kurikulum Markas, Kol Thamilanty a/l Periasamy TUDM.