Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1988DSC 1999DSC 2199

GONG KEDAK, 20 Dis 19 - Kejohanan Road Relay dan Majlis Penutup Karnival Sukan Pangkalan Udara Gong Kedak 2019 Antara Seksyen telah berlangsung di Padang Bola Sepak Pangkalan Udara Gong Kedak.

Acara dimulakan dengan pertandingan road relay yang merupakan acara penutup sukan pada tahun ini. Pelepasan acara road relay telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM yang melibatkan 6 pasukan iaitu No 11 Skn, Cawang Kejuruteraan, Skn 321, Materiel, Gab Cawang Tadbir/Provos dan Gab Cawang Operasi/Bomba. Kejohanan Road Relay telah dimenangi dari Pasukan Gab Cawang Tadbir/Provos.

Kejohanan sukan tahunan edisi 2019 melibatkan 7 pasukan yang bertanding iaitu No 11 Skuadron, Cawang Kejuruteraan, Gabungan Cawang Operasi dan Bomba, Skuadron 321, Cawang Material, Cawang Tadbir/Provos dan Gabungan Awam.

Kejohanan edisi kali ini telah bermula secara rasminya pada 2 Jan 19 dan berakhir pada 20 Dis 19 melibatkan 16 acara sukan dipertandingkan iaitu Futsal, Hoki, Petanque, Ragbi, Bola Keranjang, Badminton, Bola Sepak, Lumba Basikal, Sepak Takraw, Tennis, Ping Pong, Bola Tampar, Squasy, Bowling, Bola Jaring dan Road Relay.

Keputusan Keseluruhan bagi Pertandingan Kejohanan Sukan Antara Seksyen di pangkalan Udara Gong Kedak Tahun 2019 ialah:

Piala Pusingan 2019 - No 11 Skuadron

a. Johan - No 11 Skuadron
b. Naib Johan - Cawang Kejuruteraan
c. Ke 3 - Gabungan Cawang Tadbir/Provos
d. Ke 4 - Cawang Materiel
e. Ke 5 - Gabungan Awam
f. Ke 6 - Skuadron 321
g. Ke 7 - Gabungan Cawang Operasi / Bomba.

Penyampaian Piala Pusingan, Johan Keseluruhan dan Piala Kejohanan Sukan bagi acara sukan yang bertanding telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Gong Kedak.

DSC 2201DSC 8140DSC 8560

Kejohanan ini merupakan salah satu platform untuk mencungkil bakat sukan di kalangan warga Pangkalan Udara Gong Kedak dan seterusnya dapat diketengahkan sehingga ke peringkat Pangkalan, ATM dan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Ternyata setiap pasukan telah mempamerkan semangat kesukanan, perjuangan dan kerjasama yang tinggi. Ini ditambah dengan sokongan padu daripada penyokong setiap pasukan sekaligus membakar semangat kesukanan dalam setiap kejohanan yang berlangsung sepanjang tahun 2019.