Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 81474599 2743307285756900 726357589129953280 n82000808 2743307332423562 8845414158892531712 n81706304 2743307395756889 5386214856942682112 n

KUALA LUMPUR, 9 Jan 2020 - Seramai tiga anggota lain-lain pangkat (LLP) yang bertugas di Markas Tentera Udara (MTU) telah menerima cek sumbangan dari Tabung Zakat ATM, hari ini.

Antara penerima sumbangan ini adalah FSjn Anuard bin Shariff (MTU-BSM) yang mengalami masalah kesihatan serta Sjn Muhammad Sabri bin Sabdun (MTU-Tadbir) dan Kpl U Syed Ariffin Ahmad bin Syed Anwar (MTU-KOMLEK) yang mempunyai anak istimewa.

Majlis penyerahan cek sumbangan telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah MTU, Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM. Dengan sumbangan ini diharap dapat membantu dalam meringankan beban anggota-anggota tersebut.