Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2857DSC 2893DSC 2903DSC 2913DSC 2918DSC 2921DSC 2929DSC 2938DSC 3154

GONG KEDAK, 18 Januari 2020 – Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) melalui Wisma Perwira telah menganjurkan Program Jalinan Kasih bersama anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Dhuafa’ Lilbanin Sri Peraksi Semerak Pasir Puteh Kelantan serta anak-anak yatim veteran TUDM sekitar Kelantan dan Terengganu.

Program ini dimulakan dengan perasmian gelanggang sukan pelbagai guna oleh Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM, Komander Pangkalan bersama Puan Nilly Wahida binti Omar Sudi, Pengerusi BAKAT Pangkalan dengan menggunting reben sebagai simbolik perasmian gelanggang baru tersebut serta penyerahan alatan sukan kepada Penyelia Rumah Kebajikan Anak Yatim Dhuafa’ Lilbanin, Ustaz Isa bin Azwan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh Komander Pangkalan dan Pengerusi BAKAT PUGK kepada 32 anak yatim Dhuafa' Lilbanin dan 22 anak yatim serta anak OKU Persatuan Veteran (PV) TUDM Kelantan dan Terengganu. Selain itu juga, Pengerusi BAKAT turut menyampaikan sumbangan berupa barangan “Indoor Games” kepada anak-anak yatim tersebut. Komander Pangkalan turut menyampaikan sumbangan Iftar Ramadhan untuk tahun ini dan sumbangan Wisma Perwira disampaikan oleh wakil YDP Wisma dan sumbangan Wisma Bintara yang juga disampaikan oleh wakil YDP Wisma.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi semangat dan sokongan moral kepada penghuni Rumah Kebajikan Anak-anak yatim Dhuafa' Lilbanin dalam menjalani kehidupan dengan lebih bermakna serta membuktikan kepada mereka bahawa ATM amnya dan TUDM khususnya PUGK sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka.

Program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama serta menjalinkan hubungan baik antara anggota tentera dan orang awam terutamanya yang kurang berkemampuan. Selain itu, ianya juga dapat menaikkan imej dan nama TUDM khasnya PUGK di seluruh Malaysia dalam memupuk semangat bantu-membantu kepada golongan yang memerlukan terutamanya kepada Anak-anak yatim.

Turut Hadir semasa Program ini dilaksanakan adalah Pegawai Eksekutif PUGK, Pegawai-pegawai dan Ahli BAKAT PUGK. Turut memeriahkan lagi program ini adalah dengan kehadiran Pengerusi PV TUDM Negeri Terengganu, wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), Pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA).