Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3270DSC 3288DSC 3316DSC 3327DSC 3337

GONG KEDAK, 20 Januari 2020 - Perbarisan Bulanan Ketua Cawang Bomba, Mej Mohd Farid bin Abu Samah TUDM telah diadakan di Cawang Bomba, Pangkalan Udara Gong Kedak. Perbarisan terdiri daripada 20 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Pegawai Waran Perbarisan PW U II Mohd Mahazam bin Md Zen.

Dalam majlis tersebut, Ketua Cawang Bomba mengucapkan tahniah kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat semoga dengan kenaikan pangkat pada tahun ini akan memberi semangat dengan kepercayaan dan tanggungjawab kepada anggota untuk terus meningkatkan prestasi kerja serta berusaha gigih dalam melaksanakan tugas yang telah diamanakan. Turut diadakan penyampaian cenderahati kepada Kpl U Khairil bin Said yang akan bertukar keluar ke Pangkalan Udara Labuan.