Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

125346 

SUBANG, 22 Januari 2020 – Perbarisan serah terima tugas Ketua Cawang Operasi antara Lt Kol Noorazman bin Ahmad TUDM dan Lt Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM telah diadakan di Dispersal Pangkalan Udara Subang.

Majlis Terima Tugas tersebut disaksikan oleh Komander Pangkalan, Brig Gen Omar bin Hj Dawami TUDM dan turut dihadiri Pegawai Memerintah Skuadron Penerbangan serta Ketua-ketua cawang Pangkalan Udara Subang.

Perbarisan terdiri daripada dua pegawai dan 58 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mej Nor Azman bin Yatim @ Mohd Yatim TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan, PW U I Mohd Salmi bin Kassim.

Selesai perbarisan, jamuan ringan diadakan di Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang dan sesi bergambar bersama semua anggota.