Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 9568DSC 9587DSC 9600DSC 9622DSC 9651DSC 9672

GONG KEDAK 6 Febuari 2020 - Mesyuarat Agong Tabika telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM di TABIKA Pangkalan Udara Gong Kedak.

Turut hadir Pemangku Pengerusi TABIKA PU Gong Kedak, Mej Mohd Hafiz bin Mat Said TUDM, Pegawai Pendidikan Pangkalan, Mej Nazira binti Abdullah, Pegawai KEMAS Daerah Besut, Puan Masniza binti Mat Kudin serta Ibubapa.

Mesyuarat Tahunan TABIKA telah dipengerusikan oleh Pemangku Pengerusi TABIKA, Mej Mohd Hafiz bin Mat Said. Antara agenda mesyuarat ialah meluluskan minit mesyuarat, pembentangan laporan kewangan oleh bendahari TABIKA serta membentangkan aktiviti-aktiviti TABIKA yang dijalankan sepanjang tahun 2019.

Selain itu, mesyuarat dijalankan adalah untuk pembubaran Ahli Jawatankuasa TABIKA yang lama dan melantik Ahli Jawatankuasa TABIKA yang baru bagi menerajui TABIKA pangkalan bagi sesi 2020 serta membentangkan perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti TABIKA bagi tahun 2020.