Kemaskini Terakhir: Khamis,6 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 02 10 at 12.58.23WhatsApp Image 2020 02 10 at 13.24.40 1WhatsApp Image 2020 02 10 at 13.24.40 2WhatsApp Image 2020 02 10 at 13.24.40WhatsApp Image 2020 02 10 at 13.24.41 

KULIM, 10 Februari 2020 – Juruterbang TUDM, Mej Mohd Ariffaizi bin Omar TUDM telah dijemput untuk menyempurnakan Upacara Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda tahun 2020 kepada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Hi-Tech bertempat di Kulim Kedah.

Upacara Watikah Pelantikan ini melibatkan seramai 105 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai cabang badan kepimpinan seperti Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Pusat Sumber (PSS). Dalam aturcara program ini, Mej Mohd Ariffaizi bin Omar TUDM turut diberikan slot untuk memberikan ucapan motivasi dan seterusnya merasmikan program ini.

Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Hi-Tech, Cikgu Zulkifli bin Abdul Ghaffar turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran No 3 Skn PU Butterworth terutamanya Pegawai Memerintah No 3 Skn kerana memberikan pelepasan kepada Mej Mohd Ariffaizi bin Omar TUDM untuk hadir dan menyempurnakan majlis tersebut.

Julung-julung majlis ini disempurnakan oleh tetamu daripada luar, satu penghormatan kepada pemimpin muda sekolah. Program seperti ini diharap akan dapat diteruskan lagi supaya dapat merapatkan hubungan di antara pihak TUDM dan agensi awam.