Kemaskini Terakhir: Khamis,9 Apr 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

47e6498e 63af 44da ab6b 2389022e982596b8ca92 573d 4b07 ab93 4d0e7766aa10f1c85df5 c9b7 4713 b574 b035c2415b491fd9f07c 4a53 42b3 980c 2447e6fc6de93d86e9e1 ff63 4c93 88a4 c9090fd0f9dd9b09fa96 411d 4e8f 9838 c874b77a12e69baccf1e 381e 4d65 b848 1cc93211b9d739f99831 76b0 43ee 83e7 85f5bb9903de64a4370d 3fb8 4934 93d8 3277f2ffc5478666fd2f e3a6 49c9 8af2 a62191899340a8ea402d 4ba5 404f 9d74 43c199beb18dcef58d91 4bc7 4353 abf6 4c01d6fab381

SUBANG, 10 Februari 2020 - Audit Inspektorat TUDM ke atas Pangkalan Udara Subang dan Unit-unit Lojer telah dilaksanakan pada 3 Feb 20 sehingga 10 Feb 20 di pangkalan ini.

Audit tahunan ini bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan pangkalan ini sentiasa berada pada tahap yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM.

Audit telah dimulakan pada 3 Feb 20 dengan Taklimat Pra Audit yang telah dihadiri oleh Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM selaku Inspektor Jeneral Tentera Udara (IJTU), Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM, Komander Pangkalan Udara Subang ,semua Tim Audit Inspektorat TUDM dan Eksekutif Pangkalan Udara Subang bertempat di Bilik Mesyuarat Jenjang No 22 Skuadron.

Sepanjang audit ini dilaksanakan juga, IJTU diiringi Komander Pangkalan telah mengambil peluang untuk melakukan lawatan kepada semua skuadron, cawang dan unit lojer yang terdapat di pangkalan untuk mendengar taklimat-taklimat yang disampaikan berkenaan operasi dan keadaan semasa di setiap skuadron, cawang dan unit lojer.

Audit telah diakhiri dengan Taklimat Pasca Audit pada 10 Feb 20 yang telah disampaikan oleh Tim Inspektorat TUDM kepada pihak pangkalan berkenaan beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan yang boleh diambil di masa hadapan.