Kemaskini Terakhir: Khamis,9 Apr 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

3 17 1

SUBANG, 10 Februari 2020 - Pusat Kawalan Lalulintas Udara Bersama TUDM (PUKALUB Subang) telah mengadakan Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah dan upacara pemakaian pangkat anggota Lain-lain pangkat di Dewan Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM).

Perbarisan terdiri daripada 40 anggota Lain-lain pangkat dan 5 orang pegawai. Perbarisan tersebut diketuai oleh Kapt Amirul Rashid bin Aminal Rashid TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U I Sapari bin Mohamed.

Di dalam perbarisan tersebut, turut diadakan upacara pemakaian pangkat kepada seorang anggota lain-lain pangkat iaitu LU I Zikri Amin bin Zainuddin yang telah dinaikkan ke pangkat LUK. Pemakaian pangkat tersebut disempurnakan oleh Pegawai Memerintah PUKALUB Subang, Lt Kol Mohamad Zain bin Daud TUDM.