Kemaskini Terakhir: Khamis,9 Apr 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 4767 1DSC 4755DSC 4811DSC 4816DSC 4844

GEMAS, 5 Februari 2020 - Markas Pemerintahan Operasi Udara - Air Warfare Centre (MPOU-AWC TUDM) telah mengadakan lawatan ke Pusat Olah Perang Tentera Darat (POP TD) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Ketua Bahagian Eksesais, Lt Kol Izwan bin Zainal Amran TUDM bersama enam orang pegawai dan 15 anggota LLP disambut oleh Pengarah POP TD, Kol Ahmad Norzaini bin Badrun.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada anggota MPOU-AWC TUDM sistem simulasi yang digunapakai oleh POP TD iaitu BattleTek IV dan Immersive Virtual Training Simulator (VIRTSIM). Sistem BattleTek IV adalah Multi Force System dan mudah untuk digunakan dalam semua keadaan. Tentera Darat Malaysia adalah Negara Asia tunggal yang menggunakan sistem VIRTSIM yang digunakan oleh infantri, pasukan khas dan Paratroopers. Delegasi MPOU-AWC TUDM juga diberi peluang menyaksikan demo tempur dalam situasi latihan peperangan di kawasan terbina melalui sistem VIRTSIM di Pusat Simulasi Maya yang ditaklimatkan oleh Mej Jasmifaiezan Jalaludin.

Lawatan ini juga sebagai medium kepada kedua-dua pihak supaya dapat merancang latihan bersama dimasa akan datang dalam usaha meningkatkan tahap kesiagaan bersama TUDM dan TDM khasnya serta ATM amnya. Lawatan berakhir dengan pertukaran cenderamata antara wakil MPOU-AWC TUDM dan Pengarah POP TD.