Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6987DSC 6989DSC 7047 DSC 6928DSC 6930

GONG KEDAK 13 Febuari 2020 - Mesyuarat Agong Taska Kemas Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) yang telah diadakan di Dewan K-Force PUGK. Mesyuarat Agong ini telah dirasmikan oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM. Turut hadir Pemangku Pengerusi TASKA KEMAS PU Gong Kedak, Mej Mohd Hafiz bin Mat Said TUDM, Pegawai Pendidikan Pangkalan, Mej Nariza binti Abdullah, Pegawai Operasi Pendidikan Awal Kanak-kanak Daerah Besut, Puan Nor Aini binti Ramli serta Ibubapa.

Mesyuarat Tahunan TASKA KEMAS telah dipengerusikan oleh Pemangku Pengerusi TASKA KEMAS. Antara agenda mesyuarat ialah meluluskan minit mesyuarat, pembentangan laporan kewangan oleh bendahari TASKA KEMAS serta membentangkan aktiviti-aktiviti TASKA KEMAS yang dijalankan sepanjang tahun 2019.

Selain itu, mesyuarat dijalankan adalah untuk pembubaran Ahli Jawatankuasa TASKA KEMAS yang lama dan melantik Ahli Jawatankuasa TASKA KEMAS yang baru bagi menerajui TASKA KEMAS pangkalan bagi sesi 2020 serta membentangkan perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti TASKA KEMAS bagi tahun 2020.