Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200216 152408IMG 20200216 152452IMG 20200216 152626IMG 20200216 154052IMG 20200216 153534IMG 20200216 153635 

POKOK SENA - Pertandingan International Practical Shooting Confederation (IPSC) Level II Piala Tunku Bendahara 2020 telah berlangsung di Lapangsasar Persatuan Menembak Kedah, Pokok Sena. Kejohanan tersebut berlangsung dari 14 hingga 16 Februari 2020 telah disertai oleh peserta dari TUDM, TLDM, pelbagai agensi penguatkuasaan kerajaan serta penembak professional awam berlesen.

Pertandingan tersebut memperlihatkan penyertaan Persatuan Menembak TUDM (PMTUDM) sebagai penembak serta Range Officer (RO) bagi kejohanan kali ini. Pasukan TUDM telah muncul sebagai Naib Johan dalam acara berpasukan bagi Divisyen Standard hasil gabungan penembak PMTUDM, Kpl U Khairul Azri, Kpl U Basil Martin dan penembak individu Adrian Salleh dan Raja Azlan Shah. Kpl U Aziz Yunus tersenarai sebagai penembak Top 5 Divisyen Open setelah menduduki tempat keempat divisyen. Syabas diucapkan kepada PMTUDM bagi pencapaian Kejohanan IPSC Level II TLK 2020.