Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2550826b 5c76 4a4c 956c 2d43f1546ebba796342a 7391 4dc8 8df9 063d22a90f2320f85cc6 20aa 492d bd91 9874576d16d476e242c3 9406 443f 9382 5e5c377f715fdbbcf6df 5a34 412c b149 5133b3b92bb46cc2a7cc c489 4c1b 873c 9eb5c83d9ee786d7f788 4c02 4831 bd7a 3e038a95a07cf4474c18 4680 4bb4 b93c b78e74ced9e9

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2020 - Satu mesyuarat tahunan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) peringkat Markas Tentera Udara (MTU) telah diadakan di Auditorium Kementerian Pertahanan, hari ini.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Farizan bt Fadzil selaku Pengerusi BAKAT MTU dan dihadiri oleh barisan biro AJK serta ahli-ahli BAKAT MTU.

Terdahulu, Pengarah Inspektorat, Kol Abdul Halim bin Othman TUDM mewakili Pegawai Memerintah MTU telah menyampaikan ucapan pembukaan yang mengandungi amanat Pegawai Memerintah MTU sebelum mesyuarat tahunan BAKAT MTU secara rasminya bersidang.

Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan Bahagian yang bertugas di MTU.

Mesyuarat pada kali ini telah membincangkan mengenai Perlantikan Ketua Biro dan AJK bagi penggal 2020, Perlembagaan BAKAT Udara, Pembentangan Laporan Kewangan Semasa serta Perancangan Aktiviti Tahun 2020 oleh semua biro terlibat.

Turut diadakan adalah penyampaian Anugerah Ahli BAKAT Cemerlang kepada dua ahli BAKAT MTU iaitu Puan Rohana binti Md Zuhairy dan Puan Suzanal binti Mohamad serta penyerahan Sijil Penghargaan kepada Ketua-ketua Biro tahun 2019.

Diakhir mesyuarat ini telah berlangsung sesi bergambar bersama semua ahli-ahli BAKAT MTU yang telah menjayakan mesyuarat tahunan BAKAT peringkat MTU bagi tahun 2020.