Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 7604DSC 7675DSC 7740DSC 7806DSC 7881DSC 7884DSC 7940DSC 7994DSC 8005

GONG KEDAK, 15 Februari 2020 - Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) Tahun 2020 telah berlangsung di Dewan Puteri PUGK. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 510 orang ahli BAKAT dan dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM. Turut dihadir sama Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Nilly Wahida binti Omar Sudi, Pemangku Penasihat BAKAT Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM dan Pegawai BAKAT Pangkalan, Lt Sharifah Shahirah Yusni binti Mohd Yusoff TUDM.

Di dalam ucapan perasmian, Komander Pangkalan mengucapkan tahniah kepada semua ahli BAKAT yang hadir terutama yang tinggal di luar Terengganu dan Kelantan. Beliau turut berpesan agar semua ahli dapat memberi kerjasama dan saling ambil tahu di antara satu sama lain serta kembali kepada objektif utama penubuhan BAKAT iaitu bagi menjaga kebajikan keluarga tentera. Komander Pangkalan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa BAKAT bagi sesi 2019.

Seterusnya, Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT PUGK telah dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT PUGK, Puan Nilly Wahida binti Omar Sudi. Antara agenda mesyuarat ialah mengesahkan dan meluluskan minit mesyuarat, membincangkan perkara-perkara berbangkit, pembentangan laporan kewangan oleh bendahari BAKAT serta membentangkan aktiviti-aktiviti BAKAT yang dijalankan sepanjang tahun 2019 dan perancangan tahun 2020.

Selain itu, mesyuarat telah melantik Ketua-Ketua Biro dan Ahli Jawatankuasa BAKAT yang baru bagi menerajui BAKAT Udara PUGK bagi tahun 2020. Diakhir segmen mesyuarat, turut diadakan pada sesi Cabutan Bertuah kepada Ahli-ahli BAKAT PUGK yang hadir pada mesyuarat pada kali ini.