Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

SUBANG, 20 Februari 2020 - Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Kejohanan Bola Keranjang Mini Olimpik PU Subang Tahun 2020 yang berlangsung pada 20 Feb 20 di Gelanggang Bola Keranjang PU Subang.

Antara unit/skuadron yang terlibat adalah dari Gabungan Cawang Kejuruteraan/PUSPEKA/PSGK, No 20 Skuadron, Gabungan Tadbir/Skn 208 Provos/RISUD, Gabungan No 2 Skn/Tadbir Awam, DMU, Gabungan No 16 Skn/Cawang Operasi/PUKALUB/PLTT Angkut, No 22 Skn, dan Gabungan Materiel/Bomba/JKR.

Perlawanan akhir kejohanan tersebut telah menyaksikan pertemuan antara pasukan No 22 Skn menentang pasukan Gabungan No 16 Skn/Cawang Operasi/ PUKALUB/PLTT Angkut di mana Gabungan No 16 Skn/Cawang Operasi/ PUKALUB/PLTT Angkut telah menjuarai kejohanan tersebut dengan menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 10-3.

Turut hadir Ketua Cawang Tadbir, Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM, pegawai-pegawai dan anggota LLP pangkalan.