Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 20200227 134225

SHAH ALAM, 27 Februari 2020 - Sel Kebajikan, Cawangan Perkhidmatan, MTU - Tadbir telah menyelaraskan sesi lawatan kebajikan oleh Ketua Cawang Tadbir Pangkalan Udara Subang, Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM mewakili AKS Tadbir, Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM kepada Adik Syalahuddin Al-Ayubi bin Mohamad Rohaizad di Hospital Shah Alam, Selangor.

Adik Syalahuddin Al-Ayubi yang merupakan anak sulung kepada Mej Neny Suhaida binti Ab Suki TUDM (Mk AB - J5) kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan semenjak awal bulan Februari 2020 kerana penyakit Meningitis.

Pegawai tersebut turut menerima sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM berbentuk lampin pakai buang dewasa untuk kegunaan anak beliau di wad. Seluruh warga TUDM mendoakan semoga Adik Syalahuddin Al-Ayubi diberikan kesembuhan oleh Allah SWT dan dapat meneruskan persekolahan seperti biasa.