Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

3d111554 9440 481d a23b 667e4a57b30f6f3f2f44 11b3 4f69 98b7 d18a63b9498c85b844c2 21c1 44a4 85a6 684ed3c455660254d932 356e 4c8c 8bfa b38e92102cb44569e8b4 613b 44ee 8ef0 3c82e3d9fb17f18b9ff3 9d0f 4d08 a8dc 6f4875fd5218 

SUBANG, 29 Febuari 2020 - BAKAT Udara Markas Pemerintahan Operasi Udara - MPOU dan Markas Pemerintahan Bantuan Udara - MPBU (BOB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) siri 3/2020 di Auditorium AWC, Pangkalan Udara Subang. AGM yang mengumpulkan kesemua ahli-ahli BAKAT Udara (BOB) dari kedua-dua markas tersebut berjaya dilaksanakan dengan kerjasama para ahli dah pegawai-pegawai BAKAT Markas dan unit.

Pada AGM kali ini pelbagai agenda telah diusulkan termasuklah penerangan berkenaan Perlembagaan BAKAT Udara, Fasal 3, 4, 5, 6, 7, 9 dan 41. Turut disentuh penglibatan ahli-ahli dalam program-program yang telah dilaksanakan serta komitmen untuk terus menyokong semua aktiviti-aktiviti di peringkat Jemaah Tertinggi. Selain daripada itu, pembentangan laporan aktiviti dan kedudukan kewangan 2019 telah dilakukan serta perlantikan AJK baru bagi mengisi kekosongan jawatan selepas pembubaran AJK sesi 2018/2019.

Terdahulu, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM – Pengarah Jabatan Kesiagaan Operasi Udara - MPOU telah merasmikan AGM BOB dan menyampaikan anugerah Ahli BAKAT Cemerlang Tahun 2019. Bagi kategori isteri kepada pegawai anugerah diterima oleh Puan Hadfizah binti Ahmad - MPBU manakala kategori isteri kepada anggota LLP diperoleh oleh Puan Kwa Bee Chin - MPBU. Ucaptama telah disampaikan oleh Pengerusi BAKAT Udara (BOB) iaitu Pn Haniza binti Mior Hashim. Turut hadir Penasihat BAKAT (BOB) Lt Kol Hasma Hisham bin Mohd Hassan TUDM - AKS A1 MPOU.