Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0052DSC 0043DSC 0045DSC 0052DSC 0090DSC 0126

KUANTAN, 13 Mac 20 – Inspektorat TUDM telah mengadakan pemeriksaan tahunan ke atas Pangkalan Udara Kuantan dan Unit-unit Lojer bermula 9 hingga 13 Mac 20. Tim tersebut diketuai oleh Inspektor Jeneral TUDM, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM.

Tim pemeriksa telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pengauditan ke atas kesiagaan dan pengurusan pentadbiran, pengurusan keselamatan dan pengurusan penerbangan, dan kesiagaan pengurusan bantuan termasuk melakukan pemeriksaan pengurusan dan teknikal ordan bahan letupan. Ketibaan Inspektor Jeneral TUDM dan Tim Audit telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM.

Pemeriksaan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan supaya kekurangan dan kelemahan pangkalan atau unit di dalam ketiga-tiga pengauditan iaitu keselamatan, kesiagaan dan pengurusan dapat dikenal pasti dan segera diperbetulkan.