Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

c2856903 d110 49bd 9a39 79c143be5ff3d39402e3 bdf0 4321 8780 a7592130acc8f2174bd5 955c 4dd1 861a bb5bf3b8ae5df5200591 1255 45ba 9274 ea7a92eeff9e 

 

SUBANG, 10 Mac 20 - Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Latihan Menembak Tahunan Senjata Colt M4 Carbine bermula dari tarikh 10 hingga 13 Mac 20 bertempat di Lapang Sasar Batu Hampar, Bukit Jugra.

Objektif latihan ini diadakan bagi memastikan semua pegawai dan anggota TUDM mahir di dalam pengendalian senjata serta kemahiran menembak dalam semua situasi taktikal yang berkaitan dengan operasi TUDM dan meningkatkan tahap kemahiran mengendalikan senjata api setiap warga Pangkalan.
Sebelum latihan ini dilaksanakan semua yang terlibat telah diberikan penerangan berkenaan senjata Colt M4 Carbine – 5.56mm dan taklimat keselamatan telah disampaikan oleh Pegawai Tapak Tembak dari Markas Rejimen TUDM. Antara latihan yang diadakan adalah menembak target bagi pelarasan dan praktis dijarak 100M dan 200M.

Turut hadir dalam latihan menembak tersebut ialah Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM serta pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan.