Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 

DSC 6353DSC 6399DSC 6416DSC 6433DSC 6450DSC 6458DSC 6498DSC 6507DSC 6518

GONG KEDAK, 12 Mac 20 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Majlis Penutup Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat Pangkalan di Bilik Kuliah K-Force, mulai 9 hingga 12 Mac 2020 yang dihadiri seramai 23 anggota LLP. Kursus ini telah dikelola oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Pangkalan Udara Gong Kedak dan disempurnakan oleh Ketua Cawang Operasi, Lt Kol Wan Mohd Firdaus bin Wan Mohd Daud TUDM. Turut hadir sama dalam majlis ini adalah Mej Anuar bin Mat Zain, Pegawai Agama Pangkalan.

Objektif utama kursus ini diadakan bagi membimbing anggota Pangkalan supaya berupaya dan berkebolehan untuk membaca Al-Quran dengan baik, melahirkan anggota tentera yang arif tentang ilmu tajwid dan menanamkan semangat cintakan Al-Quran dikalangan anggota melalui pemahaman ayat-ayat yang dibacakan serta memberi pengetahuan dan kemahiran tentang aspek-aspek pembacaan Al-Quran dengan berlagu (bertarannum). Dengan adanya kursus sebegini ianya sekaligus dapat mencungkil bakat dalam mencari pelapis qari dan qariah yang dapat mewakili Pangkalan ini ke peringkat TUDM dan juga ATM.