Kemaskini Terakhir: Sabtu,4 Apr 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 123

LABUAN, 26 Mac 2020 - Satu sesi penerangan tatacara menyahkuman telah dilaksanakan oleh PS 3 Keselamatan MAWILUD 2 Kapt Mohd Mohar Siddeq bin Mohammad Hafif TUDM kepada petugas Pusat Operasi Udara MAWILUD 2. Pada sesi tersebut PS 3 Keselamatan telah menunjukkan tatacara yang betul bagi proses menyahkuman pada peralatan elektronik dan lain-lain peralatan yang mungkin terdedah kepada virus.

4

Selain daripada itu, sebagai langkah awal membendung penularan virus COVID-19, Sel Keselamatan MAWILUD 2 telah mewujudkan Disinfectant Pool di setiap lokasi yang menjadi laluan utama di Markas ini. Fungsi utama Disinfectant Pool ini adalah sebagai tempat menyahkuman yang mungkin berada di tapak kasut pemakai sebelum pemakai memasuki ruang pejabat.