Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200326 WA0050IMG 20200326 213443IMG 20200326 WA0053IMG 20200326 WA0051

Anggota-anggota daripada Skuadron 208 Provos, Pangkalan Udara Subang telah diaturgerak bermula hari pertama pengumuman bagi membantu pihak PDRM melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diisytiharkan oleh kerajaan.

Seramai 18 orang anggota dari Skuadron 208 Provos telah bekerjasama dengan Markas 11 Briged, Kem Sungai Buluh dan Ibu Pejabat Daerah Shah Alam dalam Operasi PENAWAR ini dengan menempatkan beberapa anggota untuk melaksanakan Sekatan Jalan raya (SJR). Lokasi yang dilaksanakan adalah di Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 26 Shah Alam, bekas tapak Tol Sungai Rasau Lebuhraya Persekutuan dan berhampiran Lebuhraya Guthrie (NSTP).

Kesemua anggota telah diberi taklimat oleh pihak pangkalan dan PDRM sebelum operasi dilaksanakan. Sebagai kumpulan petugas yang turut berisiko, mereka juga dilengkapkan dengan sarung tangan getah serta penutup muka sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19.

Semoga orang ramai dapat memberikan kerjasama kepada pasukan penguatkuasa yang menjalankan tugas, mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan serta memahami tujuan arahan tersebut dikeluarkan dan perlu ditangani dengan segera.