Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200328 WA0014IMG 20200328 WA0020IMG 20200328 WA0022IMG 20200328 WA0007IMG 20200328 WA0008IMG 20200328 WA0012

Usaha penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus dipergiatkan bagi memastikan penduduk setempat mematuhi arahan tersebut.

Dua lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) yang turut dikawal oleh anggota TUDM dari Skuadron 208 Provos, Pangkalan Udara Subang dipindahkan ke lokasi yang baharu iaitu selepas Tol Shah Alam dan Seksyen 7 menggantikan Guthrie dan Sungai Rasau.

Pegawai Laksana Pangkalan Udara Subang, Lt Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM telah turun padang bagi melihat sendiri perjalanan PKP yang dikuatkuasakan melibatkan anggota ATM serta memastikan keperluan untuk anggota TUDM yang bertugas sentiasa mencukupi.

Orang ramai diminta duduk di rumah, tidak keluar dari kawasan tanpa keperluan yang benar-benar perlu dan mendesak serta mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19. Tempoh PKP kini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.