Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200402 WA0038IMG 20200402 WA0039

KUANTAN, 2 April 2020 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM telah membuat tinjauan ke beberapa lokasi Sekatan Jalan Raya OP PENAWAR yang melibatkan penugasan anggota Provos, Pangkalan Udara Kuantan bersama PDRM.

Turut sama dalam tinjauan operasi ialah Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM serta pegawai eksekutif pangkalan. Panglima Wilayah Udara 1 telah bertemu dengan anggota yang bertugas bersama PDRM di dua lokasi iaitu di hadapan Hospital KPJ Tanjung Lumpur dan di KM 23 Jalan Gambang-Kuantan.

IMG 20200402 WA0040IMG 20200402 WA0041

Atas keprihatinan dan sokongan moral pihak atasan, Panglima Wilayah Udara 1 turut menyampaikan sumbangan peralatan kesihatan iaitu 'face mask', 'hand sanitizer', air mineral dan minuman isotonik kepada anggota-anggota yang bertugas.

Penguatkuasaan PKP Op PENAWAR melibatkan ATM bersama PDRM ini akan dilaksanakan dengan lebih ketat dan tegas berikutan lanjutan tempoh PKP fasa kedua dari 1 hingga 14 April 2020. Penguatkuasaan ini adalah untuk memastikan orang ramai memberi kerjasama sepenuhnya dalam memerangi wabak COVID-19.