Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200414 WA0026IMG 20200414 WA0027IMG 20200414 WA0029IMG 20200414 WA0030IMG 20200414 WA0031IMG 20200414 WA0032IMG 20200414 WA0033IMG 20200414 WA0034IMG 20200414 WA0035

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Operasi PENAWAR telah masuk fasa kedua sehingga 14 April 2020. Sepanjang tempoh penguatkuasaan ini, seramai 2 orang pegawai dan 30 orang anggota TUDM dari Skuadron 106 Provos, Pangkalan Udara Labuan telah diaturgerak bagi membantu pihak PDRM di dalam melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan rondaan bagi memerangi penularan wabak COVID-19.

Operasi bersama ATM/PDRM ini turut melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) iaitu 51 Kompeni Komposit Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) Labuan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Unit Pengawasan Senggara TLDM Timur (UPST).

Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2, Brig Jen Taha Bin Hamdan TUDM telah turun padang bagi melihat sendiri perjalanan PKP yang dikuatkuasakan melibatkan anggota ATM bersama PDRM di sekitar Labuan di samping memastikan keperluan untuk anggota TUDM yang bertugas sentiasa mencukupi. Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2 turut melawat 51 Kompeni Komposit Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) Labuan bagi memantau dan melihat persediaan dan pelaksanaan di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

PKP bakal memasuki fasa ketiga bermula 14 hingga 28 April 2020 dan penguatkuasaannya akan ditingkatkan lagi di seluruh negara bagi memastikan orang ramai memberi kerjasama mematuhi arahan ini dengan tetap kekal duduk di rumah bagi menghentikan penularan pandemik COVID-19.