Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Image 4Image 1Image 2Image 3

JUGRA, 16 April 2020 - Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Tahun 2020 daripada Tabung Kebajikan TUDM telah disampaikan oleh Komander Pangkalan Udara Jugra, Kol Meor Ahmad Kamal bin Hj Meor Termizi TUDM kepada sembilan (9) orang penerima sumbangan di bawah naungan Pangkalan Udara Jugra.

PW U II Hanapi bin Piee merupakan salah seorang penerima Sumbangan Aidilfitri Tahun 2020 di mana beliau telah menerima sumbangan sebanyak wang tunai sebanyak RM200. Bagi lapan (8) penerima sumbangan yang lain, sumbangan telah disalurkan melalui perbankan internet berikutan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa.

Selain daripada itu, Pertubuhan Kebajikan Kuala Langat (My Kuala Langat) juga telah memberikan sumbangan berupa keperluan harian kepada 30 orang anggota Pangkalan Udara Jugra yang layak sebagai tanda sokongan untuk menaikkan moral serta semangat mereka dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Majlis penyerahan sumbangan ini telah diadakan di Wisma Perwira Pangkalan Udara Jugra yang mana turut disaksikan oleh Ketua Cawang Tadbir Pangkalan Udara Jugra, Mej Raymond bin Radsung TUDM.