Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 04 23 at 16.18.41WhatsApp Image 2020 04 23 at 16.18.42WhatsApp Image 2020 04 23 at 16.18.40 1WhatsApp Image 2020 04 23 at 16.18.39WhatsApp Image 2020 04 23 at 16.18.40

KUALA LUMPUR, 23 April 2020 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM telah mewakili Panglima Tentera Udara di majlis penyerahan sumbangan Ramadan Al-Mubarak dari Sugoi Builders Sdn. Bhd. di Taman Permai Kuala Lumpur, hari ini.

Sumbangan yang disampaikan oleh Pengarah Sugoi Builders Sdn Bhd, Haji Md Humayun Kabir Alhaj Hakim kepada TUDM ini adalah berbentuk barangan kering keperluan asas bersempena kedatangan Ramadan 1441H.

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Perkhidmatan, Lt Kol Roslan bin Salam TUDM; Provos Marsyal Udara, Lt Kol Mokhtar bin Abdul Rahman TUDM; PS 1 Pengurusan Cawangan Perkhidmatan, Lt Kol Junairi bin Baharom TUDM dan PS 2 Kebajikan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM.

Sumbangan ini akan diagihkan kepada kumpulan sasaran yang memerlukan yang akan dikenalpasti dan dikoordinasi melalui Markas Tentera Udara-Bahagian Tadbir. TUDM mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat yang memberikan sumbangan tersebut.