Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8992DSC 8998DSC 9000DSC 9006DSC 9013DSC 9024IMG 20200423 085823IMG 20200423 090117 1IMG 20200423 090603 1

GONG KEDAK, 23 April 2020 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan penyerahan Bantuan Tabung Zakat ATM dan Bantuan Ihsan kepada 8 anggota LLP bagi penerima Bantuan Tabung Zakat ATM dan 152 staf awam di Pangkalan Udara Gong Kedak.

Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM. Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban penerima yang layak mendapat Bantuan Tabung Zakat ATM dan staf awam untuk mengharungi kehidupan seharian semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 ini. Sumbangan ini juga diharap mampu menaikkan semangat penerima bantuan agar terus berdedikasi untuk menjalankan tugas yang diberikan.

Majlis yang dikoordinasikan oleh Pemangku Ketua Cawang Tadbir, Mej Sukri bin Mamat TUDM, Mej (Ustaz) Anuar bin Mat Zain serta Pejabat Agama Pangkalan ini dilaksanakan dengan menjaga jarak sosial di antara satu sama lain dan memakai face mask seperti saranan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumbangan dari BAKAT PUGK telah di selaraskan oleh Puan Nilly Wahida bte Omar, Puan Nor Sela binti Yahya dan Puan Nazirah bte Yaacob. Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM bersama isteri, Puan Nor Sela binti Yahya yang mewakili BAKAT PUGK turut hadir di majlis tersebut.