Kemaskini Terakhir: Ahad,12 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 WhatsApp Image 2020 04 24 at 17.15.33WhatsApp Image 2020 04 24 at 17.17.42WhatsApp Image 2020 04 24 at 17.17.43 1WhatsApp Image 2020 04 24 at 17.17.43

SUBANG, 23 April 2020 - Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang Program Bulan Membaca Peringkat Pangkalan Udara Subang Tahun 2020 telahpun berlangsung secara ringkas di Dewan Nuri, Bangunan Pergerakan Udara serentak diadakan bersekali dengan Penyampaian Sumbangan Masjid Pangkalan Udara Subang sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pertandingan Membaca Terbanyak dan Hadiah Pengunjung Perpustakaan Bertuah, adalah antara aktiviti yang diteruskan dalam tempoh PKP dengan menitikberatkan langkah pencegahan jangkitan wabak berbahaya dan amalan kebersihan. Manakala aktiviti-aktiviti lain dibatalkan bagi mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.

Dalam majlis tersebut, tempat pertama Pertandingan Membaca Terbanyak bagi Ketegori Dewasa dimenangi oleh SSjn Mohd Azlan bin Muhammad Nazri, tempat kedua pula dimenangi oleh Puan Fauziah binti Hanafi dan tempat ketiga adalah Puan Nor ‘Iasha binti Rahim.

Manakala bagi Kategori Kanak-kanak, tempat pertama dimenangi oleh adik Nur Athirah Nabila binti Norhafizan, tempat kedua disandang oleh adik Nur Ainnul Aishah binti Mohd Shahrul Naim dan tempat ketiga jatuh kepada adik Muhammad Nuriman bin Norhafizan. Sementara itu hadiah Pengunjung Perpustakaan Bertuah pula dimenangi oleh PW U I Willie anak Girik.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM dengan diiringi oleh Ketua CawangTadbir, Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM serta Pegawai Pendidikan Pangkalan, Mej Norhayati binti Hamzah.

Program Bulan Membaca yang julung kalinya dianjurkan oleh Perpustakaan Pangkalan ini telah berlangsung sejak 9 Mac yang lalu dan berakhir pada 23 April melalui aktiviti kemuncak iaitu Program Jom Membaca Bersama selama 10 minit melibatkan semua skuadron dan cawang di bawah naungan Pangkalan Udara Subang.