Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 5531DSC 5543DSC 5554 compress55DSC 5560 compress36DSC 5565

GONG KEDAK, 30 April 2020 – Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) dengan kerjasama Masjid Ar-Raudhah Pangkalan dan BAKAT PUGK telah menjalankan inisiatif membantu masyarakat setempat di Kampung Beris Pak Abu yang berdepan masalah kesukaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. Program kelolaan Masjid Ar-Raudah ini diketuai oleh YDP Masjid, Lt Kol Suhardi bin Mohd TUDM dan Pegawai Agama Pangkalan, Mej Anuar bin Mat Zain.

Seramai 87 orang penduduk kampung terdiri daripada mereka yang kehilangan sumber pendapatan, bekerja sendiri, warga emas dan sebagainya telah tersenarai sebagai penerima sumbangan tersebut. Sumbangan ini menunjukkan keprihatinan TUDM terutama PUGK khasnya dan membuktikan anggota tentera komited bukan sahaja dalam menjaga keselamatan negara dan Op PENAWAR, malah turut serta dalam membantu masyarakat dan penduduk setempat. Ia juga secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama serta menaikkan imej TUDM melalui aktiviti kemasyarakatan.

Program ini akan diteruskan lagi melibatkan golongan asnaf di kalangan penduduk kampung sekitar pangkalan bagi meringankan beban mereka terutama di sepanjang pelaksanaan PKP dan bulan Ramadan yang mulia ini.

Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM kepada Penghulu Kampung Beris Pak Abu, En Kamarudin bin Yaakub di Balai Raya Kg Beris Pak Abu Bukit Puteri Terengganu. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM dan isteri, Puan Nor Sela binti Yahya serta Pemangku Ketua Cawang Tadbir, Mej Sukri bin Mamat TUDM dan isteri, Puan Nazirah binti Yaacob.