Kemaskini Terakhir: Ahad,12 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6041DSC 6052DSC 6064DSC 6108

GONG KEDAK, 6 Mei 20 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Komander Pangkalan yang telah diadakan di bilik VIP Pergerakan Udara.

Serah terima tugas di antara Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM dengan Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM disaksikan oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM serta Pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Gong Kedak.

Panglima Wilayah Udara 1 dan warga Pangkalan mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM yang akan memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Butterworth serta Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM yang memegang tampok pemerintahan baru sebagai Komander Pangkalan yang baru.