Kemaskini Terakhir: Ahad,12 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0950DSC 0983DSC 6257DSC 6261DSC 6278DSC 6340DSC 6413DSC 6441DSC 6458

GONG KEDAK, 15 Mei 2020 – Muzium Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) telah menerima sebuah pesawat Alouette MK III (M20-02) dan dua buah pesawat PC 7 MK I (M33-10 dan M33-07), pesawat latihan penerbangan dari Kolej Tentera Udara (KTU) di Alor Setar Kedah yang telah dilupuskan.

Pelaksanaan pemasangan termasuk pergerakan pesawat dari KTU telah mengambil masa selama 4 hari bermula 12 Mei 20 hingga 15 Mei 2020. Proses pemasangan tersebut telah diketuai oleh Pegawai Muzium PUGK, Mej Mohd Rizal bin Abd Malik TUDM dan Tim Pemasangan dari PUGK.

Manakala khidmat nasihat dan keperluan Maintenance Manual Pesawat Alouette MK III dan PC 7 MK I serta bantuan alatan AGSV/E dan semasa kerja-kerja peleraian dan pemasangan dijalankan telah mendapat kerjasama dari anggota-anggota Cawang Kejuruteraan KTU yang diketuai, Mej Lidum Anak Rabing TUDM selaku Ketua Cawang Kejuruteraan KTU.

Turut hadir melihat proses pemasangan Pesawat Alouette MK III dan Pesawat PC 7 MK I di Muzium PU Gong Kedak ialah Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM yang turut diiringi oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM.