LABUAN, 18 Mei 2020 – Markas Wilayah Udara 2 telah mengadakan Majlis penyerahan sumbangan dari Tabung Zakat ATM kepada anggota di Markas ini bagi meringankan beban anggota ekoran daripada wabak COVID-19. Majlis disempurnakan oleh Ketua Staf MAWILUD 2, Brig Jen Hj Mohamad Taha bin Hamdan TUDM kepada 16 anggota termasuk kakitangan awam yang layak menerima sumbangan tersebut.