Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12453

SUBANG, 21 Mei 2020 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Anggota dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Pesakit Kronik Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU). Majlis yang diadakan di bangunan MPOU turut dihadiri Ketua Staf MPOU, Mej Jen Felix Gonsalvez Alexander TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan Markas dan unit naungan.

Upacara pemakaian pangkat telah disempurnakan ke atas FSjn Mohd Nurul Hakimi bin Ismail yang telah dinaikkan ke pangkat Pemangku PW U II mulai 4 Mei 2020. Beliau kini bertugas di bahagian Operasi Khas – A5.

Manakala, seramai enam warga MPOU telah menerima sumbangan Aidilfitri sebagai tanda keprihatinan MPOU bagi meringankan beban yang ditanggung untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan di hari raya yang akan menjelang tidak berapa lama lagi.

Panglima Operasi Udara seterusnya mengucapkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat serta selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang hadir.