Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

8a1da021 596e 4161 b080 e3ddc53de0465654ab49 79a6 4191 a0ac 2117d1b4c937bba41666 73fb 4054 82c7 3a8ccaec739c37f23b48 d5d1 401c ab63 d8513e45594c

SUBANG, 20 Mei 2020 – Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan Majlis Penyampaian Sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM, Penyerahan Bantuan Ehsan Fasa 3 dan Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya’ Ramadhan kepada Masjid Pangkalan Udara Subang dari Tabung Zakat Angkatan Tentera Malaysia (TZ ATM) bertempat di Cabang Pergerakan Udara, PU Subang.

Sumbangan ini adalah bertujuan untuk memberi bantuan kewangan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh anggota. Majlis telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM dan diiringi oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM serta Ketua Cawang Tadbir, Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM.

Seramai lapan (8) orang penerima dari Tabung Kebajikan TUDM telah menerima wang tunai berjumlah RM 200.00 manakala 14 orang penerima bagi Sumbangan Ehsan Fasa 3 dari TZ ATM telah menerima sumbangan dalam bentuk baucar PERNAMA bernilai RM 60.00. Dalam majlis tersebut juga, Komander Pangkalan telah menyampaikan cek bernilai RM 1000.00 sumbangan dari TZ ATM kepada Masjid Pangkalan.

Di akhir majlis, Komander Pangkalan telah mengingatkan warga pangkalan agar mematuhi SOP sepanjang musim perayaan seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.