Kemaskini Terakhir: Ahad,12 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345

GONG KEDAK, 1 Jun 2020 - Perbarisan Simbolik Pemakaian Beret HANDAU dan Pacth No 12 Skuadron telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM. Penyempurnaan simbolik bagi penukaran beret bersempena penukaran Skuadron PROVOS kepada Skuadron 212 HANDAU PU Gong Kedak telah diadakan di Main Guard Room 1 (MGR1) yang diketuai oleh Ketua Skuadron 212 HANDAU, Mej Mohd Hafiz bin Mat Said TUDM.

678910

Manakala simbolik bagi pemakaian Pacth No 11 Skuadron kepada No 12 Skuadron bersempena penukaran skuadron telah diadakan di Foyer Markas No 12 Skuadron Pangkalan Udara Gong Kedak yang diketuai oleh Pegawai Memerintah No 12 Skuadron, Lt Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM.

Turut hadir sama menyaksikan kedua-dua simbolik berkenaan Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM, Pegawai Eksekutif dan Pegawai-pegawai Pangkalan Udara Gong Kedak.