Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

hut tudm 1hut tudm 2hut tudm 3hut tudm 4

SUBANG, 1 Jun 2020 – Bersempena dengan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-62 (HUT TUDM Ke-62) pada hari ini, Panglima Tentera Udara Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan sidang video Perutusan Khas HUT TUDM Ke-62. Perutusan Khas tersebut telah juga disampaikan kepada seluruh warga TUDM melalui medium Laman Sosial Rasmi TUDM iaitu aplikasi facebok dan youtube.

Bagi warga Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), dua lokasi telah disediakan bagi menonton secara langsung Perutusan HUT TUDM Ke-62 iaitu di Bilik Taklimat Operasi Penawar yang melibatkan Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan pegawai-pegawai kanan Markas serta unit-unit naungan MPOU. Manakala satu lagi lokasi ialah di Dewan Makan Utama MPOU yang menempatkan pegawai-pegawai dan anggota-anggota LLP MPOU yang lain.

Bertemakan “Berupaya Bersiaga, Kedaulatan Terjaga” HUT TUDM Ke-62 kali ini disambut dengan cara yang berbeza dan julung kali diadakan kerana negara sedang berhadapan dengan ancaman pandemik COVID-19.