Kemaskini Terakhir: Ahad,12 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

3 12 14 1

SENDAYAN, 1 Jun 20 – Dua orang Pegawai Tauliah Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) iaitu Kol (K) Prof Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan PSSTUDM, Komandan PALAPES Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Kol (K) Dr. Nafizah binti Goriman Khan PSSTUDM, Pengarah Unit Pakar PSSTUDM telah mengadakan lawatan ke Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara.

Ketibaan kedua-dua pegawai ini telah disambut oleh Pengarah MPSTU, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM serta warga MPSTU. Dalam rangka lawatan ini, mereka telah diberikan taklimat sempena pemakaian pangkat Pegawai Tauliah Kehormat PSSTUDM.

Sementara itu, upacara pemakaian pangkat kepada kedua-dua pegawai ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM di Wisma Pertahanan.