Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 06 02 at 19.34.04 2WhatsApp Image 2020 06 02 at 19.34.04 3WhatsApp Image 2020 06 02 at 19.34.04 4

LUBNAN, 1 Jun 20 - Seramai lima orang Pegawai dan 85 anggota LLP dari Perkhidmatan TUDM, MALBATT 850-7 telah mengadakan sambutan HUT TUDM Ke-62 bertempat di Dewan Jun Sang UNP 2-1, Kem Ma’rakah Lubnan.

Sambutan HUT TUDM turut dihadiri oleh Lt Kol Johan Effendi bin Hj Mohd Shalleh, Timbalan Komander MALBATT 850-7, Lt Kol Mohd Shafik bin Saadun TUDM, Ketua Kontinjen TUDM dan pegawai serta anggota lain-lain perkhidmatan termasuk elemen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi turut sama meraikan HUT TUDM ke-62. Sambutan HUT TUDM diraikan dalam suasana yang sederhana tetapi amat bermakna berlanjutan dari pandemik COVID-19.

Upacara sambutan diadakan secara perbarisan statik dimulakan dengan acara tabik hormat, nyanyian lagu Wira Di Angkasa dan seterusnya mendengar Penyampaian Perutusan Panglima Tentera Udara melalui rakaman video.

Tema Sambutan Hari HUT TUDM Ke-62 iaitu "Berupaya Bersiaga Kedaulatan Terjaga" adalah signifikan kepada TUDM sebagai satu ketumbukan udara yang moden dalam mempertahankan ruang angkasa negara. Tema tersebut juga dilihat amat bermakna kepada warga TUDM yang sedang bertugas dan menggalas Misi PBB di UNIFIL, Lubnan. Cabaran menggalas tugas di perantauan sebagai barisan hadapan di dalam mendukung mandat PBB menguji kekuatan fizikal dan mental lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia berhadapan wabak pandemik COVID-19 yang melanda secara global.